Header Ads

  • Semasa

    TERKINI: Pelajar Form 3 Ditarik Dan Diculik 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah ((SEBARKAN))

    culik
    Dua lelaki menaiki motorsikal dilaporkan telah melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
    Kejadian berlaku 7 pagi pagi tadi ketika gadis berumur 15 tahun, Nur Darleen Dazeera Azhar keluar dari rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn untuk ke sekolah di hadapan rumahnya
    Menurut cerita bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, kejadian berkenaan telah dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa.
    Ini komennya:
    “Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.
    “Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,”
    Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa.
    14344912_1172008006190969_8167004531761862307_n
    Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat.
    UPDATE: Sehingga kini jam 2 petang, remaja berkenaan masih belum dijumpai. -PENMERAHDOTCOM

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad