Header Ads

  • Semasa

    'Admin WhatsApp' Bimbang Kena Tindakan Undang-Undang

     'Admin WhatsApp' Bimbang Kena Tindakan Undang-Undang - Pentadbir (admin) kumpulan WhatsApp bimbang dikenakan tindakan undang-undang apabila ahli dalam kumpulan mereka menyebarkan kandungan jelik atau palsu.

    Kebimbangan ini timbul selepas sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan bahawa mereka mungkin akan berdepan tindakan undang-undang kerana gagal membendung penyebaran maklumat palsu.


     'Admin WhatsApp' Bimbang Kena Tindakan Undang-Undang

    Sebagai 'admin' kepada beberapa kumpulan perbualan WhatsApp, Joe, 25, berkata, dia akan berfikir dua kali sebelum menjadi pentadbir kepada mana-mana sebarang kumpulan lain selepas ini.


     'Admin WhatsApp' Bimbang Kena Tindakan Undang-Undang


    "Saya tak mahu bertanggungjawab atas kenyataan orang lain. Ramai orang tidak sedar bahawa beberapa perkara yang dikongsi mereka adalah palsu dan menyalahi undang-undang," katanya.

    "Saya ada memberitahu ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengesahkan berita yang mereka kongsi, tetapi saya tidak sampai hati untuk 'menendang' mereka keluar dari kumpulan kerana berkongsi berita palsu," kata Joe, sambil menambah kebanyakan mereka yang berkongsi berita palsu tidak mempunyai niat jahat.

    Seorang lagi 'admin' Saleha, 33, berkata beliau berasa cemas kerana ahli dalam kumpulan WhatsApp yang dibukanya sering berkongsi berita palsu.

    Beliau berkata majoriti mereka yang menyebarkan berita-berita yang tidak disahkan adalah generasi yang lebih tua.

    Saleha yang tidak bersetuju dengan penyebaran maklumat itu, bagaimanapun faham bahawa mereka yang berbuat demikian mungkin mempunyai niat baik dan hanya mahu menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan orang lain.

    Namun, beliau tetap serba salah untuk bertindak balas terhadap perkongsian mesej-mesej palsu.

    "Sudah tentu saya tidak akan menendang keluar sesiapa pun dalam kumpulan kerana mereka adalah ahli keluarga saya dan mereka mungkin akan tersinggung," katanya.
    Saleha berkata beliau kini bimbang kerana dirinya menjadi 'admin' untuk lebih dari satu kumpulan.

    "Saya tidak tahu siapa yang mungkin akan buat laporan ke atas saya," katanya.
    Sementara itu, satu notis oleh pentadbir kumpulan WhatsApp telah tersebar di beberapa kumpulan aplikasi itu.

    "Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan dan menyokong sebarang bentuk whatapps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998. Segala Whatapps dipaparkan oleh individu atau saya sendiri di dalam group ini bukan  tanggungjawab saya, ia adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini."

    Akhbar Berita Harian pada Khamis melaporkan bahawa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

    Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). - mStar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad