Header Ads

  • Semasa

    "Pakcik tak pernah ada duit banyak ini." Takper pakcik. Memang Allah tulis rezeki pakcik..

    "Pakcik tak pernah ada duit banyak ini." Takper pakcik. Memang Allah tulis rezeki pakcik..

    Gambar Sekadar Hiasan
    Perkongsian kisah ini daripada Ebit Lew:
     
    Semalam habis ceramah motivasi dekat hotel dekat dengan chow kitt. Saya nampak seorang tua baju buruk dan selekah berjalan dekat situ. Saya berhenti tepi jalan. Saya beri salam. Dia jawab salam.
     
    Saya kata pakcik dah makan. Belum lagi. Jom kita pergi makan. Takperlah anak. Jomlah. Saya ajak dia naik kereta dengan saya dan makan di tempat lain. Saya pegang tangannya dan ajak naik kereta. Ish takperlah baju saya busuk kotor. Takper pakcik. Mana ada busuk. Pakcik Allah sayang. Pakcik baik…
     
    Dia senyap jer dalam kereta. Masa makan. Saya kata pakcik ini ada duit hadiah. Orang bagi pada saya. Dia terkejut. Ish banyak sangat ni.ya Allah…ya Allah. Dia menangis. Pakcik tak pernah ada duit banyak-banyak ini. Jawab saya takper pakcik. Memang Allah tulis rezeki pakcik..


     Allah sayang pakcik. Dia beri nikmat banyak. Dulu saya tak kenal Allah. Hari ini setelah belajar kenal Allah. Allah beri hati saya tenang dan bahagia. Jaga solat 5 waktu. Jangan tinggalkan…sebab solat tanda seorang itu hamba..nikmat hidup bila dahi sujud pada Allah


    Pakcik tadi menangis. Ya Allah. Pakcik dah lama tak solat. Tak solat langsung. Tapi hari ini anak yang baru kenal Islam ingatkan pakcik padaNya..
     
    Hidup pakcik susah. Pakcik takde apa-apa nikmat. Saya kata cuba pakcik tengok 5 jari di tangan ini. Jika kita fikir nikmat tangan dan 5 jari ini pun nikmat. Cuba pakcik pegang jantung kita. Hati kita. Kenal Allah itu nikmat. Kenal Allah itu manis.
     
    Pakcik tadi menangis. Dia cakap terima kaseh. Dia selalu tidur merata-rata kerana tak suka tidur rumah orang tua-tua atau tak suka dikongkong. Tak suka tidur di masjid. Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada pakcik ini. Berilah sedikit pada saya. Kami berpeluk sebelum berpisah
     
    Seronok semalam beri motivasi pada usahawan. Seronok jumpa Datuk Seri Mahadi umur baru 34 tapi dah jadi jutawan dan daie. Istiqamah buat dakwah. Rahsia kejayaannya khidmat ibu dengan baik.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad