Header Ads

  • Semasa

    Satu Maut Lima Cedera Termasuk Dua Kanak-kanak Selepas Kereta Ditembak Oleh Polis.

    Satu Maut Lima Cedera Termasuk Dua Kanak-kanak Selepas Kereta Ditembak Oleh Polis.

    Satu Maut Lima Cedera Termasuk Dua Kanak-kanak Selepas Kereta Ditembak Oleh Polis - Medan: Satu maut dan lima orang cedera termasuk dua kanak-kanak dipercayai ditembak anggota polis akibat telah memandu dengan laju sehingga melanggar tanda Polis yang membuat road block semalam pada hari Selasa kira-kira jam 11 pagi.

    Satu keluarga yang menaiki kereta Honda City berwarna hitam dipercayai dalam perjalanan ke kenduri kahwin saudara mereka.


    Satu Maut Lima Cedera Termasuk Dua Kanak-kanak Selepas Kereta Ditembak Oleh Polis.


    Akibat daripada kejadian itu Surini 55 tahun meninggal dunia dengan luka beberapa tembakan ditubuhnya termasuk perut dan bahagian dada.

    Sementara itu anaknya Diki 29 tahun (pemandu) tertembak dibahagian punggung, Indra tangan kiri, Novianti 31 tahun di lengan sebelah kanan, Dewi Arlina lengan sebelah kiri, Wicaksono 3 tahun cucu terkena tembakan di telinga kiri, seorang cucu lagi yang berusia 6 tahun luka dibahagian kaki.

    Berdasarkan info yang diterima sesampainya kereta di lokasi kejadian, kereta berkenaan terus merempuh tanda papan polis yang membuat sekatan jalan raya walaupun sudah di beri amaran untuk berhenti.

    Merasa pelik dengan kejadian itu pihak polis terus melakukan pengejaran. Dalam pada masa itu pihak polis cuba memberikan amaran untuk berhenti, namun pemandu enggan memberi kerja sama sehingga pihak polis terpaksa melepaskan beberapa tembakan sampai kereta berhenti di tepi jalan.

    Mangsa yang berada dalam kereta berkenaan tidak mahu keluar kerana ketakutan, pihak polis pun terpaksa memecahkan tingkap kereta dan terkejut apabila melihat orang yang didalam kereta adalah orang awam dan kanak kanak.

    Penduduk sekitar yang melihat kejadian tersebut terus berkumpul untuk melihat apa yang terjadi.

    Bahkan, mereka yang menyaksikan kejadian tersebut sempat mengatakan bahawa aksi kejar mengejar itu mirip filem action Fast and Furious.

    Tanpa menunggu ambulan, pihak polis terus melarikan mangsa yang cedera ke hospital untuk mendapat rawatan.bagaimana pun pemandu dan seorang lagi lelaki (atuk) di bawa kebalai polis untuk siasatan lanjut.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad