Header Ads

  • Semasa

    "Saya Akan Tetap Teruskan Tindakan Undang-Undang..."Watson Nyambek Buat Laporan Polis Berhubung Isu Rancangan Komedi Hina Nama Bapa.."


    "Saya Akan Tetap Teruskan Tindakan Undang-Undang..."Watson Nyambek Buat Laporan Polis Berhubung Isu Rancangan Komedi Hina Nama Bapa.." - Miri: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek membuat laporan polis berhubung rancangan televisyen yang mengaibkan mendiang bapanya di Balai Polis Pusat Miri pagi tadi.

    Watson yang ditemani isteri - Felizza Michael Samdon selesai membuat laporan pada jam 10 pagi.


    "Saya Akan Tetap Teruskan Tindakan Undang-Undang..."Watson Nyambek Buat Laporan Polis Berhubung Isu Rancangan Komedi Hina Nama Bapa.."

    Harian Metro melaporkan, Watson ketika ditanya media berkata pihaknya tidak akan menarik laporan polis meskipun perjumpaan akan dilakukan antara beliau dan pihak stesen televisyen yang terlibat hari ini.


    "Saya akan tetap meneruskan tindakan undang-undang kerana ia berkaitan maruah keluarga saya," katanya.



    Laporan polis yang dibuat oleh Watson berkata dia mahu pihak polis menyiasat insiden berkenaan kerana beliau mahu tahu motif sebenar pengacara tersebut.


    "Saya juga mahu pihak polis menyiasat kes ini kerana mahu tahu motif sebenar pengacara rancangan tersebut dan mahu mengambil tindakan lanjut terhadap pengacara rancangan tersebut, penerbit, pihak TV3 dan semua pihak yang terlibat menerbitkan rancangan tersebut," tulis laporan itu.


    Sumber: BH Online, Harian Metro, Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad