Header Ads

  • Semasa

    Dengan Sekali Lafaz, Akhirnya Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami

    Dengan Sekali Lafaz, Akhirnya Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami

    Dengan Sekali Lafaz, Akhirnya Hafiz Hamidun Sah Bergelar SuamiDengan sekali lafaz, bintang Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan kosmetik, Joy Revfa sebentar tadi.

    Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun, 33, dan Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.

    Dengan Sekali Lafaz, Akhirnya Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami


    Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Masjid Negeri Shah Alam pada jam 3.20 petang tadi dan dihadiri 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan.


    Joy yang kelihatan jelita menggayakan persalinan berwarna putih menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada Hafiz sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

    Hafiz yang menyarungkan busana putih menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin perempuan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad