Header Ads

  • Semasa

    PELIK !! Lelaki Ini Hidup Dengan 75 Jarum Dalam Badan

    PELIK !! Lelaki Ini Hidup Dengan 75 Jarum Dalam Badan - Mumbai: Sebulan setengah yang lalu, Badri Lal Meena, pekerja syarikat kereta api di Kota, Rajasthan, ke hospital kerana kakinya sakit, selepas itu bahagian lain tubuhnya juga sakit dan doktor terkejut apabila X-ray menunjukkan ada puluhan jarum dalam tubuhnya.

    PELIK !! Lelaki Ini Hidup Dengan 75 Jarum Dalam Badan

    Menurut Daily Mirror, pesakit atau keluarganya tidak tahu bagaimana jarum berkenaan boleh berada dalam tubuh Badri Lal, 56, yang kini dirawat di Hospital Jagjivan Ram, Mumbai, sejak sembilan hari lalu.

    Badri Lal, 56, yang menghidap kencing manis tidak boleh bercakap dan makan dengan elok

    Pengarah hospital itu, Dr Hemant Kumar, berkata pesakit kini dalam keadaan tertekan, tidak boleh bercakap dengan sempurna.

    “Kami merancang membedahnya namun penyakit kencing manis dihidapnya merumitkan keadaan,” katanya.

    Ada kira-kira 75 jarum dalam tubuhnya dengan 40 daripadanya di bahagian leher, 25 jarum dalam kaki kanan dan dua dalam lengan kiri serta kanan.

    Anak lelakinya, Rajendra Meena, 24, berkata dia bertanya kepada bapanya bagaimana jarum berkenaan boleh masuk namun lelaki itu menyatakan dia tidak ingat. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad