Header Ads

  • Semasa

    Apa jadahnya majikan?! Pergi bercuti, pembantu rumah disuruh tidur di koridor

    Apa jadahnya majikan?! Pergi bercuti, pembantu rumah disuruh tidur di koridor

    Apa jadahnya majikan?! Pergi bercuti, pembantu rumah disuruh tidur di koridor - Majikan pergi bercuti, pembantu rumah disuruh tidur di koridor - SINGAPURA - Tergamaknya majikan seorang pembantu rumah warga Filipina yang dipaksa tidur di koridor, sementara mereka sekeluarga pergi bercuti dan tidak membenarkannya tinggal di dalam rumah. 

    Seorang individu yang bersimpati dengan nasib rakan sejawatnya itu, Ashley Camaro Baccay, kemudian merakam gambar keadaan pembantu rumah terbabit dan muat naik di laman Facebook 'Filipinos in Singapore'. 

    'Saya kasihan dengan jiran saya di kondominium Makena ini. Majikannya pergi bercuti dan tidak membenarkan pembantu rumahnya tinggal di dalam rumah. 

    "Majikan mengarahkan pembantu rumahnya tinggal di tempat yang lain secara percuma asalkan mereka tidak perlu membayar kos penginapannya. Malah majikannya turut memberi sedikit makanan. Dia langsung tak ada bilik sendiri," tulisnya. 

    Menurut Ashley, disebabkan kes-kes seperti ini yang menyebabkan ramai pembantu rumah merasa tekanan yang melampau.

    "Majikan yang jahat dan tidak berhati perut serta tidak prihatin menjadi punca mengapa ramai pekerja asing di negara ini mengambil keputusan untuk bunuh diri," tulisnya.

    Sumber: Thereporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad