Header Ads

  • Semasa

    "Demi anak-anak, saya nekad tempuh perjalanan lebih 6 jam ke Temerloh" - Norle


    "Demi anak-anak, saya nekad tempuh perjalanan lebih 6 jam ke Temerloh" - Norle - TAIPING, PERAK - "Jika tiada Norbaya sekeluarga ketika itu, saya tidak tahu bagaimana untuk kami tiga beranak berdepan dengan dugaan yang menimpa," demikian kata Norle Azura Muhamad, 33, yang video dan gambarnya membonceng dua anak kecilnya itu viral di media sosial semalam, lapor Harian Metro

    Norle berkata, pertemuan mereka bersama Norbaya Ahmad, 34, semalam ketika dia bersama anak perempuan dan lelakinya masing-masing berusia 2 dan 7 tahun dalam perjalanan pulang dari rumah adik perempuannya di Kuantan selepas beraya di rumah ibunya di Temerloh, Pahang. 

    "Saya ditegur oleh Norbaya dengan panggilan 'Abang' ketika melalui lebuh raya berhampiran R&R Gambang kira-kira jam 6 petang. Saya terkejut apabila orang panggil 'Abang', saya ingatkan mereka tersalah orang. 

    "Namun apabila beberapa kali disuruh berhenti, saya ikutkan saja kerana mungkin ada perkara yang mereka hendak beritahu," katanya memetik laporan dari Harian Metro semalam. 

    Norbaya sekeluarga menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan dengan menumpangkan kedua-dua anaknya sehingga ke R&R Genting Sempah. 

    "Saya terkejut apabila mereka ingin menghulurkan bantuan dan pada masa yang sama saya malu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun apabila dipujuk beberapa kali oleh Norbaya, akhirnya kami sepakat untuk bertemu di R&R Genting Sempah," katanya. 

    Menurut Norle, bantuan yang dihulurkan oleh Norbaya itu bagaikan tepat pada masanya kerana motosikal yang ditungganginya itu kehabisan minyak selain tayarnya tiba-tiba pancit ketika melalui jalan berhampiran Lanchang. 

    "Saya terpaksa masuk ke pekan Karak untuk mencari bengkel dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk saya meneruskan lagi perjalanan ke Genting Sempah. 

    "Ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya saya. Jika tiada Norbaya sekeluarga, saya pun tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kesusahan itu bersama anak-anak," katanya yang selamat tiba di rumahnya di Taiping kira-kira jam 10 malam kelmarin. 

    Ditanya mengenai tindakannya membawa dua orang anaknya itu menunggang motosikal, Norle menjelaskan itu sahaja yang dia mampu lakukan demi menunaikan hasrat anak-anaknya beraya di Temerloh. 

    "Saya pada awalnya tidak bercadang untuk beraya di rumah ibu. Tetapi bila melihat riak wajah anak-anak yang kelihatan sugul di pagi raya membuatkan saya sebak. 

    "Dengan berbekalkan motosikal Yamaha 135 LC, saya nekad menempuh perjalanan lebih enam jam ke Temerloh," katanya. 

    Sementara itu, Norbaya berkata, tindakannya membantu Norle dan dua anaknya itu berlaku secara tidak sengaja apabila dia melihat anak perempuan Norle yang berada dalam kegelisahan di depan motosikal. Malah tindakannya meminta Norle untuk berhenti di R&R Gambang itu juga dilakukan secara spontan. 

    "Saya panggil 'Abang' kerana saya menyangka dia adalah lelaki. Namun sebaik saja dia membuka topi keledar, rupanya wanita. 

    "Terus ketika itu hati saya menjadi sebak kerana saya juga ibu kepada dua orang anak, malah bakal menambah seorang lagi tidak lama lagi. Melihat anak-anak kecil ini, saya menjadi cepat sedih dan sayu," katanya. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad