Header Ads

  • Semasa

    Anak Sulung Baru 4 Bulan, Nadya Syahera Hamil Lagi


    Anak Sulung Baru 4 Bulan, Nadya Syahera Hamil Lagi - Wah, tahniah kami ucapkan kepada pelakon Dia Semanis Honey, Nadya Syahera kerana dikhabarkan mengandung lagi.

    Benarlah kata orang rezeki tuhan itu sentiasa ada dan tidak dapat diduga. Mana tidaknya, baru sahaja menimang cahaya mata pertama empat bulan yang lalu kini Nadya atau lebih dikenali sebagai Kak Bed telah mengesahkan status kehamilannya sekali lagi.

    Anak Sulung Baru 4 Bulan, Nadya Syahera Hamil Lagi


    Menurut sebuah portal hiburan tempatan, Nadya mengalami alahan muntah yang teruk sehingga tidak boleh makan.

    Musykil dengan perubahan yang terjadi padanya, Nadya segera membuat ujian kehamilan dan mendapati keputusannya positif.

    “Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan.

    “Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif.

    “Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah ‘lekat’ tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan.

    “Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah, “jelasnya kepada mStar Online.

    Walaupun agak terkejut dan tidak menyangka akan mengandung dalam masa terdekat, Nadya memberitahu dia terima dengan hati yang terbuka dan menganggap ia sebagai rezeki Allah.

    Ini dia beberapa gambar Nadya bersama keluarganya.





    Kami tumpang gembira dengan berita ini dan berharap agar Nadya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

    Sumber: MEDIA HIBURAN

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad