Header Ads

  • Semasa

    Bayar Sewa Rumah Hanya RM1 Saja

    Bayar Sewa Rumah Hanya RM1 Saja
    Bayar Sewa Rumah Hanya RM1 Saja - Puchong: Sewa rumah berhawa dingin pada harga RM1 semalam dan tambang 10 sen menaiki kereta bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berhampiran.

    Itu tawaran diberikan pengasas Rumah RM1, Kuan Chee Heng kepada keluarga pesakit yang tidak mampu menyewa hotel bajet untuk berulang alik ke hospital berhampiran bagi menjaga ahli keluarga yang sedang dirawat di hospital kerajaan.

    Ahli perniagaan yang dikenali dengan aktiviti kebajikan masyarakat itu berkata, idea itu tercetus selepas beliau melihat kesukaran dihadapi keluarga pesakit sehingga terpaksa tidur di dalam kereta di kawasan parkir hospital.

    “Mereka ini tidak mempunyai pilihan dan bukanlah berasal daripada keluarga senang untuk isi minyak, bayar tol setiap hari berulang alik melihat ibu, ayah atau ahli keluarga yang terlantar sakit di hospital.

    “Jadi pilihan yang ada mungkin tidur di dalam kereta, itupun kalau ada kereta sebab itu saya cetuskan idea Rumah RM1 ini untuk beri kemudahan kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah RM1 di Taman Puchong Utama, di sini, semalam.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad