Header Ads

  • Semasa

    (GAMBAR) "Beratur Panjang Dari Sebaris Jadi Bentuk S, Dan Akhirnya Jadi Bentuk 8" - Pejabat Wang Tak Dituntut 'Diserbu' Orang Ramai

    (GAMBAR) "Beratur Panjang Dari Sebaris Jadi Bentuk S, Dan Akhirnya Jadi Bentuk 8" - Pejabat Wang Tak Dituntut 'Diserbu' Orang Ramai

    (GAMBAR) "Beratur Panjang Dari Sebaris Jadi Bentuk S, Dan Akhirnya Jadi Bentuk 8" - Pejabat Wang Tak Dituntut 'Diserbu' Orang Ramai - Sejak minggu lalu telah menjadi tular di laman sosial kisah mengenai wang tidak dituntut oleh seorang wanita yang terkejut apabila dia tidak menyangkan ada RM14 ribu dalam akaun lamanya.

    (GAMBAR) "Beratur Panjang Dari Sebaris Jadi Bentuk S, Dan Akhirnya Jadi Bentuk 8" - Pejabat Wang Tak Dituntut 'Diserbu' Orang Ramai


    Dia dikatakan telah menyemak namanya di pejabat pendaftar wang tidak dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Menara Maybank.

    Kerana perkongsiannya itu ramai telah mencuba dan berjaya menuntut wang berkenaan, kerana semakin banyak perkongsian nampaknya pejabat pendaftar wang tak dituntut kini bagaikan 'kenduri' apabila diserbu orang ramai di seluruh cawangan WTD seluruh negara.

    Seorang pengunan Facebook bernama Salahuddin Che Mohd Yusoff, beliau telah kongsikan gambar orang ramai berpusu-pusu beratur di Tingkat 42, Menara Maybank.

    "Suasana di tingkat bawah Menara Maybank semata-mata nak check sama ada mereka ada wang yang tak dituntut, dari single line, jadi S dan Last last jadi no 8," katanya.


    Memetik laporakn Harian Metro, pejabat WTD Menara Maybank di Kuala Lumpur menerima kesan yang begitu besar apabila orang ramai dilihat beratur panjang di tingkat 42 bagunan berkenaan.

    Menurut kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertugas di kaunter, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.

    Bagaimanapun keadaanan adalah terkawal dan ttiada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku, orang ramai terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mendaftar nama di ruang kaunter kakitangan JANM sebelum sekali lagi beratur untuk naik ke tingkat 42.

    "Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.

    "Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan," katanya.

    Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.

    Menurut perkongsian seorang pemilik akaun, dia datang membuat semakan ini selepas terkejut melihat rakannya yang mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank lama yang sudah tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.

    "Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi," katanya.

    Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa untuk menyemak akuan wang tak dituntut.

    Berikut pula adalah waktu operasi.

    Gambar-gambar suasana pejabat WTD.





    Kredit foto: Bernama







    Sumber: Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad