Header Ads

  • Semasa

    Keluarga Jahanam !! Datuk, Ayah dan 3 Sepupu Didakwa R0g0l Mangsa Berusia 12 Tahun

    Keluarga Jahanam !! Datuk, Ayah dan 3 Sepupu Didakwa R0g0l Mangsa Berusia 12 Tahun

    Keluarga Jahanam !! Datuk, Ayah dan 3 Sepupu Didakwa R0g0l Mangsa Berusia 12 Tahun - LIMBANG, SARAWAK - Lima lelaki yang mempunyai pertalian darah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, semalam atas 22 tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, lapor Harian Metro. 

    Keluarga Jahanam !! Datuk, Ayah dan 3 Sepupu Didakwa R0g0l Mangsa Berusia 12 Tahun


    Lima tertuduh terbabit merupakan datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah berusia 40 tahun dan tiga sepupu yang masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun. 

    Bagi tertuduh pertama yang juga bapa mangsa, dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali, manakala tertuduh kedua dan ketiga yang merupakan sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun, masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga dan empat kali. 

    Tertuduh kelima iaitu datuk mangsa dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali dan seorang lagi sepupu mangsa merorogolnya sebanyak lima kali. 

    Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh dituduh merogol mangsa di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah Limbang di antara penghujung bulan November 2016 hingga Jun lalu. 

    Kesemua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

    Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim, tiada sebarang pengakuan yang direkodkan dari kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam. 

    Mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad