Header Ads

  • Semasa

    Ramai Yang Teruja Nak Jadi Isteri Tapi Tanpa Sedar Mereka Belum Bersedia Jadi Menantu.. Baca Panduan Ini Buat Menantu Perempuan Berhadapan Dengan Mertua

    hiasan

    Ramai Yang Teruja Nak Jadi Isteri Tapi Tanpa Sedar Mereka Belum Bersedia Jadi Menantu.. Baca Panduan Ini Buat Menantu Perempuan Berhadapan Dengan Mertua - Tanggungjawab utama seorang isteri adalah taat dan patuh kepada suaminya. Namun tak ramai para isteri yang sedia menjadi menantu. Bila sebut sahaja ingin pulang ke rumah mertua pasti ada sahaja alasan yang diberikan.

    Ramai Yang Teruja Nak Jadi Isteri Tapi Tanpa Sedar Mereka Belum Bersedia Jadi Menantu.. Baca Panduan Ini Buat Menantu Perempuan Berhadapan Dengan Mertua


    Ikuti perkongsian daripada  Fdaus Ahmad untuk para-para isteri hadam perkara yang perlu dilakukan bila pulang ke rumah mertua. Barulah ikatan kekeluargaan itu menjadi hubungan yang 'ukhawah fillah' dan harmoni.

    Aku pernah cakap dalam satu status 2/3 bulan lepas;

    Bila kau kahwin, kau bukan kahwin dengan laki tu saja, kau juga kena 'kahwin' sekali dengan ahli keluarga.

    Ok, ni 10 panduan buat para menantu perempuan yang pulang berhari raya di kampung suami.

    Pertama;

    Benda 'basic', belikan buah tangan. Sebaiknya benda berupa pakaian. Kain, baju, atau tudung. Kalau kau beli untuk mak kau yang itu, kau beli jugak lah untuk mertua kau yang itu juga.

    Kedua;

    Tak kira lah kau pandai masak ataupun skill ko cuma biasa biasa, untuk awal-awal kau ambil satu 'spot' kat dapur. Paling baik 'incharge job' memotong dan menyiang. Kalau kau 'terer' masak sekali pun, kau jangan dulu 'take up' peranan penting tu. Biar mak mertua kau 'handle' hal masak menu utama. Kena ingat, tu rumah dia, dia dah berpuluh tahun masak untuk hari raya, jadi kau jangan kacau air tangan masakan mak mertua tu. Dok je sebelah buat kerja potong sayur siang ikan.

    Ketiga;

    Untuk menantu bertudung. Balik kampung ni takkan lah kau nak usung 'aircond' kondo kau sekali pasang kat bilik ye tak? Jadi benda panas, berkuap, kipas tak kuat, kena tidur ruang tamu atas toto, tak selesa, rambut busuk apa semua ni kau kena expect dan kau kena 'rileks.' Biasa lah bila kumpul adik beradik ramai-ramai, kena lah berpayah. Kalau asyik merungut nak selesa macam duduk kat rumah sendiri, elok kau jangan balik.

    Keempat;

    Mahirkan sikit hal-hal busana muslimah. Benda ni berguna bila kau berborak dengan adik ipar, kakak ipar dan anak saudara remaja. Jangan semua benda ambil mudah, nanti orang bercerita pasal butik MCC, Calaqisya, trend bunga dokoh, tudung 'double loop' apa semua tu kau nganga. Bila kau ambil tahu, senang nak berborak, masuk 'klik.'

    Kelima;

    Masa hari raya, seeloknya incaj satu 'job' yang mudah tapi sentiasa diperlukan. Contoh paling senang bancuh air dan 'top up' bekas kuih raya. Pendek kata, kau fokus yang tu je 'indirectly' kau dah ada satu 'job' yang 'simple yet consistent.' Contoh lain kau boleh 'control' sinki basuh pinggan mangkuk. Yang ni pun ok, cuma pergerakan kau terbatas lah.

    'Bottom line', dapatkan satu job tetap sepanjang hari raya tu.

    Keenam;

    Bangun awal dan terus ke dapur teman mak mertua. Ni terguna pakai pada hari raya ke dua 'onwards.' Ingat, tak perlu pun nak sediakan sarapan pagi semua tu, kau cuma bancuh air panas, bila dah siap suruh laki kau turun dapur sarapan.

    Ketujuh;

    Bila kau buat satu plan melibatkan laki kau, tiba tiba laki kau bagitau yang mak dia pun ada plan lain melibatkan dia, kau kena menangkan mak mertua kau. Contoh mudah nak faham, laki kau dah janji nak bawak ko ke A, tiba tiba mak mertua kau ajak pergi B, kau beralah lah. Sebab utama, tu je masa masa mak mertua kau ada dengan anak lelaki dia, jadi bagi 'priority' kat dia. Kau jangan tarik muka, kalau tarik muka 2 benda akan jadi:

    1. Laki kau jadi serba salah
    2. Mak mertua kau tahu ada 'somebody' tak bersetuju.

    Mak ni, dia tengok sekali air muka anak dia dah tahu kalau ada benda yang tak kena.

    Paling selamat, in case ada small conflict macam tu, menangkan laki dan mak mertua kau. Jangan tarik muka, tu pun penting. Berhati-hati.

    Cara kau nak faham benda ni mudah, kau bayangkan bila kau dah jadi ibu tua nanti. Kau letakkan situasi sekarang, kau pun akan harap anak kau teman kau dan pentingkan kau masa hari raya.

    Kelapan;

    Jangan ada sebarang pakatan dengan siapa-siapa pun kalau ada benda yang buat kau semak. 'Trust no one except' laki kau. Ambil jalan tak berpihak. Kalau ada sorang menantu lain suka mengelat, kau jangan mulakan komplen. Biar lah biras lain nak komplen, tapi bukan kau.

    Kesembilan;

    Banyak bagi perhatian kat mak mertua kau. Tengok bila dia solo buat apa apa kerja, kau pergi lah berborak. Tak perlu tolong pun, 'just' berborak sembang-sembang.

    Kesepuluh;

    Sentiasa menangkan anak ipar duai kau. Kalau anak-anak main sama-sama, ada rebut-rebut barang, kau masuk campur dan menangkan anak orang lain. 'Ipad tab' suruh anak kau kongsi, atau bagi pinjam ke sepupu dia. Tunjukkan sikit toleransi tu. Pasangkan 'Didi and Friends' suruh tengok sama sama. Good luck!

    Kredit: Pesonapengantin

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad