Header Ads

  • Semasa

    Sudah Banyak Kali 'Kantoi' - Luah Bella Astillah

    ISTERI pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.



    Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.

    "Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

    "Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

    "Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

    Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

    "Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

    "Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

    “œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

    “Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

    Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

    "Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

    “œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

    Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

    Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. - myMetro.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad