Header Ads

  • Semasa

    Tercekik Tulang Ikan? 6 Makanan Yang Boleh Diambil Untuk Tanggalkan Tulang Yang Melekat Di Kerongkong


    Tercekik Tulang Ikan? 6 Makanan Yang Boleh Diambil Untuk Tanggalkan Tulang Yang Melekat Di Kerongkong - Siapa saja yang tidak suka akan hidangan yang berasaskan ikan, dari digoreng atau di stim, ianya pasti sahaja disukai ramai.

    Mungkin ramai juga pernah alami situasi seperti ini, lebih-lebih lagi sewaktu kecil, yang mana sedang menikmati isi ikan, tiba-tiba tertelan sekali tulang ikan.

    Bila telan saja, rasa tak selesa di bahagian tekak. 

    Cuba juga mencapai gunakan jari, tak pun telan air liur dengan banyak dan pantas. Tapi, cara ini tak juga berkesan, tulang ikan tersebut masih lagi terlekat pada tekak.

    Ada beberapa cara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk melegakan dari kesakitan ini, dan secara tidak langsung hilangkan tulang itu.

    Bagaimana caranya? Jom kita baca dengan lebih lanjut.

    1. Nasi


    Kepalkan nasi dalam saiz sebesar bola ping pong, dan terus telan, diisulami dengan bacaan bismillah dan selawat.

    2. Madu


    Celupkan jari ke dalam madu, selawat sebanyak 3 kali, dan kemudian hisap jari tersebut, 

    3. Air basuhan tangan


    Pastikan basuh bersih-bersih dahulu tangan, dan ambil air masak kemudian basuh semula tangan seperti biasa menggunakan air tersebut.

    Selepas itu, minum semula air yang basuh tangan itu.

    4. Pisang


    Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali sehingga tulang tersebut hilang.

    5. Garam


    Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut.

    Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tulang.

    6. Roti


    Gumpalkan roti dalam bentuk membulat, kemudian telan roti tersebut, agar tulang dapat ditanggalkan.

    Namun begitu, sekiranya telah cuba beberapa kali, dan tulang ikan masih ada, tidak dapat diatasi, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

    Sumber: Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad