Header Ads

  • Semasa

    Dua Beranak Parah Termakan Anak Ular Dalam Kubis

    Dua Beranak Parah Termakan Anak Ular Dalam Kubis - Seorang wanita berusia 35 tahun dan anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keduanya termakan anak ular dalam potongan sayur kubis yang di masak lapor Indianexpress.


    Dua Beranak Parah Termakan Anak Ular Dalam Kubis


    Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Dr. Dharmendra Jhanwar, mengesahkan yang dua beranak itu keracunan makanan kerana bisa anak ular tersebut.

    Mangsa yang dikenali sebagai Afzaan Imam menjelaskan kejadian bermula ketika dirinya memasak untuk makan malam.

    Dia tidak menyedari adanya seekor anak ular yang bersembunyi di dalam kubis dan mereka memotong kemudian di masak.

    Bagaimana pun keadaan keduanya mulai tidak stabil beberapa jam selepas makan, akibatkan kerana racun ular tersebut sudah bercampur dengan darah manusia.

    Diketahui kedua beranak berkenaan masih dalam pemeriksaan lanjut, pihak hospital terus memantau keadaan mereka untuk beberapa hari kedepan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad