Header Ads

  • Semasa

    (Gambar) Akhirnya Yuna Dan Adam Sinclair Bertunang Hari Ini!

    (Gambar) Akhirnya Yuna Dan Adam Sinclair Bertunang Hari Ini!

    (Gambar) Akhirnya Yuna Dan Adam Sinclair Bertunang Hari Ini! - Sebentar tadi, menerusi sebuah kenyataan media, Yuna mengesahkan perkara tersebut.

    (Gambar) Akhirnya Yuna Dan Adam Sinclair Bertunang Hari Ini!


    “Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

    “Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair

    “Ini merupakan moment yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam.

    “Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa, saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, InshaAllah.

    Dalam pada itu, persalinan Tunang Yuna dan Adam oleh Hatta Dolmat (@hattadolmat_) Rekaan Dais Majlis Pertunangan oleh Rekateemor (@rekateemor) Rekaan Hantaran Belah Yuna dan bouquet oleh The Calla (@the_calla)

    Majlis pertunangan Yuna dan Adam berlangsung di tempat kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

    Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja

    Yuna mula mengenali Adam Sinclair, seorang direktor di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa.

    Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin. 

    Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia juga sudah mengenali keluarga Adam. 

    Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 March 2017.

    Tahniah Yuna dan Adam!



    Sumber: Astro Gempak

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad