Header Ads

  • Semasa

    Gigi Attar Rosak Kerap Hisap Botol Susu, Doktor Nasihat Cabut Semua – Luah Wawa Zainal


    Gigi Attar Rosak Kerap Hisap Botol Susu, Doktor Nasihat Cabut Semua – Luah Wawa Zainal - Pelakon Wawa Zainal memberitahu doktor menasihatkan supaya gigi anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, 3, perlu dicabut kesemuanya kerana rosak teruk.

    Perkara itu didedahkan oleh Wawa menerusi entri terbarunya semalam beserta kapsyen ringkas,

    “Tula isap botol susu je. Kan dah kena jumpa doktor gigi, doktor bagi saranan cabut semua gigi Attar sebab rosak terus. Abis lah. Lepas ni tak ada gigi dah,” tulisnya.

    Entri tersebut telah menerima pelbagai komen peminat yang rata-ratanya berkongsi tentang pengalaman yang sama seperti dialami Wawa.

    Tidak kurang juga ada yang memberi nasihat dan juga komen mengusik kepada anak kesayangan pasangan selebriti Wawa dan Aeril Zafrel itu.

    @sis_diah: Kena masuk wad masa anak saya buat dulu. Kena cabut semua gigi dan jahit.. @w4w4_zainal tak pe nanti tumbuh gigi baru. Lepas tu kena jaga ya. Botol susu minum habis cabut basuh terus. Jangan bagi dia kemam.

    @norzilahahmad6: Nanti mama dan papa boleh buatkan Attar gigi palsu. Sebab semuanya dicabut. Hehe

    @noorzahanizahari: Anak saya pun macam tu la. Sebab utama botol dekat mulut je. Dah cabut dua batang. Lepas cabut okay je. Taka da pula kena jahit. Tunggu gigi kekal tumbuh je. Sebab tu budak-budak kena cek gigi enam bulan sekali. Nanti doktor letak vitamin gigi. Bagi tak cepat rosak.

    Sumber: Astro Gempak

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad