Header Ads

  • Semasa

    Mula BERZ1NA Ketika Berusia 11 Tahun, Remaja Ini Di Jangkiti HIV Ketika Berusia 15 Tahun

    Mula BERZ1NA Ketika Berusia 11 Tahun, Remaja Ini Di Jangkiti HIV Ketika Berusia 15 Tahun - Beberapa bulan lepas, saya dapat seorang pesakit kes HIV baru. Remaja lelaki berumur 15 tahun. Pasangannya - banyak (multiple s3xual partner).


    "Adik, umur berapa u start menjalinkan hubungan intim?"

    "Umur 11, Doktor".

    "Macam mana u belajar macam mana nak buat benda mcm ini?"

    "Senang je Dr, senang nak cari bahan bahan kt internet terutamanya tumblr".

    Betul apa yang dia ckp, anda hanya perlu taip perkataan "awek , tumblr" dlm Google, dan keputusan yang keluar - seperti dalam gambar di bawah.


    Betapa senangnya budak zaman sekarang mencari bahan luc4h!!

    Adik-adik saya - yang perempuan, jangan percaya seseorang lelaki begitu sahaja. Dah banyak kes saya jumpa di mana budak perempuan tu hantar gambar-gambar sekali/intim dan menjalankan hubungan intim di atas alasan "cinta".

    Percayalah, lelaki memang suka awek seksi tapi hanya untuk bercouple dan dibawa rempit. Kalau betul dia nak cari seorang untuk dijadikan calon isteri, dia akan pilih yang menutup aurat.

    Untuk adik-adik laki pula, hentikanlah membuang masa melayan benda benda luc4h macam ini. Nanti masa depan awak yang akan hancur sekiranya awak terlanjur. Lebih baik gunakan masa tu untuk belajar dan beribadah.

    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya;…Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya…” (TQS. Al-Nur [24]: 30-31)

    Ibu bapa, seperti yang saya beritahu - tolong aktifkan tapisan internet untuk anak-anak kecil anda, kerana mereka masih tidak faham apa yang mereka lihat/tonton. Tolong report laman web sebegini ke MCMC supaya tindakan dapat diambil!

    P.S: Untuk yang dah tua dan "matang" tapi masih melayan benda benda macam ini - kalau nak sangat tengok perempuan seksi - belilah pakaian seksi, suruh isteri awak pakai di rumah! Ini isteri di rumah pakai kain pelikat!

    *****

    Anda lihat, adakah memberikan anak smartphone itu mendatangkan manfaat atau mudarat?

    Ini yang saya sangat takut apabila semakin muda usia sudah terdedah dengan laman luc4h.

    Merosakkan pemikiran, akhlak dan iman generasi muda. Emak bapa, masih nak hadiahkan kepada anak - telefon pintar yang lebih besar mendatangkan kemudaratan.

    Terima kasih Mr Nimeless Max Balanthiren yang sudi berkongsi maklumat dengan orang ramai.

    Admin,
    Muna liza binti Ismail

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad