Header Ads

  • Semasa

    Petua Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Amalkan Jus Berkesan Ini

    Petua Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Amalkan Jus Berkesan Ini

    Petua Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Amalkan Jus Berkesan IniJika anda mempunyai tahap kolestrol yang tinggi atau mempunyai tanda-tanda kolestrol yang membimbangkan. Anda tidak perlu risau lagi kerana berbagai makan dan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol di dalam badan boleh didapati.

    Petua Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Amalkan Jus Berkesan Ini


    Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.

    Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.

    Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.


    Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.

    Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:


    Bahan-bahan:

    – 500 gram bawang putih
    – 500 gram halia
    – 1 cawan perahan lemon
    – 1 cawan apple cider
    – 1 cawan madu

    Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:

    1. Masukkan bawang putih dalam blender, tambahkan 2 cawan air. Blend dan tapis. Gunakan air tersebut untuk blend halia pulak dan tapis jusnya.


    2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.

    3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.



    Cara minum:
    – 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
    – 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur


    Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda. Selamat mencuba!

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad