Header Ads

  • Semasa

    RM225 Juta Untuk 500 Ambulans? Kos Dipertikai


    RM225 Juta Untuk 500 Ambulans? Kos Dipertikai - PETALING JAYA: Di sebalik pemotongan bajet sektor kesihatan menjadi perhatian banyak pihak, seorang bekas ketua perkhidmatan ambulans menyifatkan peruntukan RM225.2 juta oleh kementerian kesihatan untuk membeli 500 ambulans merupakan 1 jumlah yang terlalu besar.

    Bekas ketua komander St John Ambulance Malaysia (SJAM), Dr Low Bin Tick memberitahu FMT, ambulans standard biasanya menelan kos sekitar RM100,000 sebuah manakala unit yang lebih canggih kemungkinan berharga RM1 juta.

    Laporan The Sun Daily memetik Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dr Chen Chaw Min berkata 500 ambulans dibeli dengan harga RM225.2 juta, di mana separuh daripadanya adalah kelengkapan perubatan terkini.

    Sesetengah ambulans, antaranya dilengkapi dengan alat penjagaan jantung maju, sistem udara mudah alih, unit sedutan perubatan mudah alih dan pembalut dilipat dengan tali pinggang keselamatan, kata beliau.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pengedaran ambulans bermula awal bulan ini dan akan siap sepenuhnya menjelang September tahun depan.

    Pada masa yang sama Bin Tick kesal kerana pemandu-pemandu ambulans enggan dilatih untuk menyelamatkan nyawa kerana mereka didaftarkan hanya sebagai pemandu.

    “Ini kerana mereka tidak diberi elaun tambahan untuk mempelajari kemahiran baharu dan untuk bertindak sebagai pihak penyelamat peringkat pertama,” katanya.

    Pembantu perubatan biasanya mengiringi pemandu apabila ambulans respons kepada panggilan kecemasan.

    Malah kata beliau, jenis ambulans bariatrik yang lebih mahal membenarkan pengangkutan pesakit-pesakit berlebihan berat badan.

    “Ambulans ini bernilai hampir RM1 juta. Mereka boleh menampung pesakit sehingga 350kg,” katanya.

    Beliau berkata pada masa ini SJAM mempunyai 2 ambulans sedemikian.

    Kesemua 500 ambulans baharu ini akan diedarkan ke hospital-hospital di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, serta hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak, di mana ambulans lama akan diganti.

    Subramaniam berkata armada ambulans baharu akan menjadi lebih besar, membolehkan pesakit lebih selesa terutamanya apabila membabitkan perjalanan jarak jauh.

    Beliau berkata ambulans yang sempit akan menjadi kelebihan jika membabitkan perjalanan jarak pendek serta ketika berhadapan dengan kesesakan jalan raya.

    Sumber: FMT

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad