Header Ads

  • Semasa

    Separuh Kereta Terpelosok Bawah Lori.. Ajal Eddy Tersepit Gara-Gara Gagal Memotong (8 Gambar)

    Separuh Kereta Terpelosok Bawah Lori.. Ajal Eddy Tersepit Gara-Gara Gagal Memotong (8 Gambar)

    Separuh Kereta Terpelosok Bawah Lori.. Ajal Eddy Tersepit Gara-Gara Gagal Memotong (8 Gambar) - Alor Gajah : Separuh kereta di bawah lori yang meragut nyawa seorang lelaki apabila Perodua Myvi yang dipandu nya gagal memotong dan bertembung lori di Jalan Kemuning-Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 5.30 petang semalam.

    Mangsa, Eddy Erzukiey Abu Naim, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

    Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan menghala ke Kajang, Selangor.


    Menurutnya, lori dipandu lelaki berusia 43 tahun itu pula dalam perjalanan dari Gemencheh, Negeri Sembilan ke Melaka.

    “Daripada siasatan awal dan keterangan pemandu lori, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi tidak lepas sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah hadapan.

    “Bagaimanapun, siasatan lanjut dan punca sebenar kemalangan masih dijalankan pihak polis selain merakam percakapan pemandu lori,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah, mengesahkan menerima laporan kemalangan maut itu.

    Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, bagi proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

    “Polis turut meminta kerjasama orang awam yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    Arwah meninggalkan seorang isteri semoga isterinya dan keluarga tabah dengan dugaan ini .Al fatihah. - beritasayu.net

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad