Header Ads

  • Semasa

    "Tolong Hormati Saya, Walaupun Janda.." - Luah Datuk Seri Vida

    "Tolong Hormati Saya, Walaupun Janda.." - Luah Datuk Seri Vida

    "Tolong Hormati Saya, Walaupun Janda.." - Luah Datuk Seri Vida - "TOLONG jangan macam-macam... jaga maruah diri, hormati saya atas dasar kemanusiaan,” demikian luahan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman.

    Lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, beliau meluahkan perasaannya di laman sosial Instagram hari ini mengenai pelbagai cerita negatif yang terpalit kepadanya.

    “Ingat saya gelak-gelak, happy sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Sayang tahu kan.. kalau nak ikutkan kuat memangla saya kuat... boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti saya

    “Tapi... kadang saya tergelak jugak... sebab dia memalukan diri sendiri. Cuma tolong hormati saya walaupun JANDA. Itu HAK Allah nak nilai siapa saya... orang yang rapat kenal saya macam mana,” tulisnya.

    Beliau turut mengingatkan kaum wanita agar teguh mempertahankan maruah.

    “Saya mohon... bayangkan saya berjuang.. betapa sedihnya kita dipermainkan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Vida turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang dilihat mahu meraih populariti.

    “Ingat saya gatal sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la... kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya... bukan setahun dua je.. tapi yang boleh didik anak.. aturkan bisnes saya.. bukan senang.

    “Sayang semua... tahukan saya ni wanita, yang punya kudrat yg sama dengan kejadian wanita lain... hati jiwa raga yang serupa.. di sebalik kejayaan saya ni.

    “Perjalanan saya amat perih... ramai orang tak tahu.. doakan saya... moga dijauhkan dengan orang yang mengkhianati... didekatkan dengan orang yang mengerti saya.. ye... saya rindu sayang-sayang semua.. muahh,” katanya.

    Menerusi videonya Datuk Vida berkata, dengan penyebaran pelbagai cerita mengenai dirinya itu, ia boleh memberikan akibat yang tidak baik pada dirinya.

    “Letihlah nak baca cerita-cerita macam ni. Boleh jadi down sangat... down sangat. Benda-benda macam ni pun nak dibesar-besarkan.

    “Kenapa ye, seronok sangat ke dengan story-story basi, dan story kotor macam tu?,” kesalnya.

    Beliau berkata, di sebalik senyuman dan gelak tawanya, namun sebagai manusia biasa, ada kalanya beliau juga tidak cukup kuat menghadapi cerita seperti itu. 

    Susulan video itu, ia ditonton hampir 180,000 dan rata-rata netizen berharap Datuuk Vida terus kuat menghadapi kisah-kisah dirinya.

    Terdahulu, Datuk Vida menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah dan berkata lelaki itu tiada ciri pilihannya.

    Datuk Vida berkata, dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaannya selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

    "Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh," katanya dipetik sebuah portal.

    Dalam pada itu, Datuk Vida turut mengingatkan Abdul Rani supaya tidak mencari publisiti murahan.

    Sumber: Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad