Header Ads

  • Semasa

    Zahid Hamidi Songlap Duit RM230 Juta Masuk Akaun Peribadi - Kata Tun Mahathir

    Zahid Hamidi Songlap Duit RM230 Juta Masuk Akaun Peribadi - Kata Tun Mahathir - BANGI: Dalam memperjelaskan isu berkaitan nama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dari mana beliau memperoleh RM230 juta ketika membuat perisytiharan apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.


    Zahid Hamidi Songlap Duit RM230 Juta Masuk Akaun Peribadi - Kata Tun Mahathir


    “Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

    “Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

    Zahid menjadi Ketua Pemuda UMNO sejak 1996, sebelum ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau kemudian dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

    Tun Dr Mahathir berkata, kita boleh mengetahui kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka, seperti orang keturunan India yang beragama Hindu yang diletakkan perkataan ‘anak lelaki’ (a/l) atau anak perempuan (a/p) menggantikan ‘bin’ atau ‘binti’ bagi orang Melayu.

    Tetapi, katanya, orang India Muslim tidak perlu menggunakan ‘a/l’ atau ‘a/p’ kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama, berbanding orang India.

    “Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

    “Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini.

    Sebelum ini, Zahid mendakwa beliau dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa nama asal Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”

    Kenyataan Zahid itu mendapat kecaman rakyat Malaysia, kerana sanggup bertindak demikian semata-mata untuk memalukan dan menghina Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu yang lebih banyak menabur jasa kepada negara dan rakyat.

    Malah, ada di kalangan mereka yang turut mendedahkan Zahid juga bukan berketurunan Melayu.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad