Header Ads

  • Semasa

    Datuk K Nak Timang Anak Perempuan

    Datuk K Nak Timang Anak Perempuan

    Datuk K Nak Timang Anak Perempuan - SUAMI penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa berharap dikurniakan anak perempuan.

    Khalid, 58, berkata, sepanjang 11 tahun mereka berkahwin itu adalah perkara yang dihajati dan diimpikan selepas dia dikurniakan empat anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

    Datuk K Nak Timang Anak Perempuan


    “Alhamdulillah, ini adalah anugerah yang tidak ternilai. Selama 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa kami.

    “Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha dalam pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, semuanya tidak berjaya. Mungkin kali ini baru Allah nak berikan rezeki itu.

    “Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu.

    ADVERTISING

    “Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula,” katanya.

    Khalid turut berkongsi, sepanjang kehamilan ini, Siti tidak boleh berenggang dengannya dalam tempoh lama.

    “Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya.

    “Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,” katanya yang tidak mengalami sebarang alahan.

    Terdahulu, Siti Nurhaliza membuat pengumuman berita kehamilannya dalam majlis khas yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad