Header Ads

  • Semasa

    Gara-Gara Bank Salah Masuk Wang RM4.3 Juta, Pelanggan Dipenjara

    Gara-Gara Bank Salah Masuk Wang, Pelanggan Dipenjara

    Gara-Gara Bank Salah Masuk Wang RM4.3 Juta, Pelanggan Dipenjara - LEICESTER - ENGLAND. Seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan selepas menggunakan wang yang bukan miliknya.

    Menurut laporan Telegraph, Sandeep Singh menerima AS$1,019,695.37 (RM4,305,153.85) gara-gara kesilapan sebuah bank, DC Payments.

    Gara-Gara Bank Salah Masuk Wang RM4.3 Juta, Pelanggan Dipenjara


    Sandeep yang berasal dari Leicester kemudian membeli sebuah rumah menggunakan wang tersebut dan menghantar AS$106,132.80 (RM448,092.68) ke India.

    Wang yang diterima oleh Sandeep sepatutnya dimasukkan ke akaun Rubicon Casino yang terletak di Wolverhampton.

    Sandeep didapati bersalah kerana tidak memberitahu pihak bank mengenai kesilapan tersebut.

    "Terdapat banyak cara untuk memberitahu pihak bank, perkara ini akan menjadi lebih mudah jika kesilapan ini dimaklumkan," kata hakim, Nicholas Dean QC.

    Sandeep telah membelanjakan wang tersebut sepanjang tempoh Oktober 2014 sehingga Oktober 2016. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad