Header Ads

  • Semasa

    Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Ganja 176KG Bernilai Setengah Juta Ringgit


    Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Ganja 176KG Bernilai Setengah Juta Ringgit - POLIS Thailand dilaporkan telah menahan seorang lelaki rakyat Malaysia semalam di Pusat Pemeriksaan Sempadan, Sadao dan merampas ganja seberat 176kg bernilai 4.4 juta Bath (RM550,000) di pasaran gelap.

    Ganja berkenaan ditemui disembunyikan dalam sebuah van yang dipandu oleh lelaki berusia 28 tahun, ditemani oleh seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ketika kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan pada jam 7 pagi waktu tempatan.

    "Lelaki itu mengaku telah menerima wang RM500 dari rakan senegaranya untuk membawa dadah tersebut masuk ke Malaysia menggunakan kenderaan berkenaan," kata Timbaoan Ketua Polis, Kittipat Runruai kepada wartawan.

    Kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan dari daerah Nakorn Si Thammarat, kini sudah ditahan di balai polis Sadao untuk siasatan lanjut. 

    Sumber: EdisiRakyat.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad