Header Ads

  • Semasa

    Berita tarif elektrik terpaksa dinaikkan adalah palsu - KeTTHA


    Berita tarif elektrik terpaksa dinaikkan adalah palsu - KeTTHA - KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menafikan kenyataan 'Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daripada Kerugian - Najib Razak' seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

    Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, dalam kenyataan hari ini, berkata berita tersebut adalah tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.
    "KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kenyataan lama bertarikh 16 Mei, 2014.

    Justeru, kementerian telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan serta-merta, katanya.
    -- BERNAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad