Header Ads

  • Semasa

    SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA Online

    SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA Online - Bagaimana Semak SAPS Ibu Bapa keputusan peperiksaan anak anda secara online? Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).

    SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA Online

    Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PT3/PMR dan SPM. Semakan keputusan Ujian 1 dan 2 juga boleh disemak secara online tetapi keputusan sebenar UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

    SAPS Ibubapa

    Apa Itu SAPS Ibu Bapa NKRA Online?

    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) adalah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
    SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

    Semakan SAPS Ibubapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    Sistem Semakan SAPS IbuBapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas, peratusan dan lain-lain lagi.
    Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan SAPS IbuBapa selepas markah diisi atau dikemaskini oleh guru.

    Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

    Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS. Pertama sekali pergi ke laman web SAPS dan klik SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
    Nota : Jika anda menghadapi masalah tidak dapat mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik "Your Connection Is Not Private" untuk membuat semakan.
    1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
    2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
    3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.
    5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
    Terdapat juga applikasi mobile di Android untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa - Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalah Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.
    • Sila muat turun dan pasang aplikasi ini di SAPS Android untuk semak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak anda secara online.

    Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

    Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS untuk tahun 2017. Ianya untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

    1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

    • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

    2. Peperiksaan Percubaan

    • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
    • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

    3. Peperiksaan Akhir Tahun

    • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
    tarikh kemasukan markah peperiksaan saps 2017

    Cara Hubungi

    Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
     TALIAN SEMENTARA : 012-6497579 Waktu operasi helpdesk SAPS Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg (kecuali cuti umum) Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)

    * Nota

    Semakan keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan berkenaan boleh diperolehi di sekolah masing-masing dan juga melalui semakan online SPPAT
    Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini
    Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
    1. Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
    2. Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
    3. Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016
    Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2017.
    Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua. Moga kewujudan SAPS NKRA mampu meningkatkan pencapaian pelajaran anak anda semua.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad