Header Ads

  • Semasa

    SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Keputusan Peperiksaan Online

    SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Keputusan Peperiksaan Online - SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa  atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah(Tingkatan 1 hingga 5).

    SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Keputusan Peperiksaan Online

    Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan. Keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

    SAPS Semakan Ibu Bapa

    Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

    Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.
    1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
    2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
    3. Nota : Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik "Your Connection Is Not Private" untuk membuat semakan.
    4. Klik Semakan Ibu Bapa

    Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS Ibubapa

    Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.
    • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
    • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
    • Seterusnya Pilih Tahun (2011 hingga 2017)
    • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

    Nota

    Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
    Di antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak pula adalah:
    • Ujian 1
    • Peperiksaan Pertengahan Tahun
    • Ujian 2
    • Peperiksaan Akhir Tahun
    • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

    Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah 2017

    Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2017 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-

    1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

    Tahun 6/ Tingkatan 5 : Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

    2. Peperiksaan Percubaan

    Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
    Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

    3. Peperiksaan Akhir Tahun

    Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
    takwim kemasukan markah peperiksaan dalam saps 2017

    Sumber Sistem SAPS

    Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 - 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

    Cara Hubungi

    TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
    Waktu operasi helpdesk SAPS
    Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
    (kecuali cuti umum)
    Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
    (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)

    Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Online bermanfaat buat semua. Ianya dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad