Header Ads

  • Semasa

    Susulan Kes Bunuh Zulfarhan, Ini Pengakuan 6 Penuntut UPNM


    Susulan Kes Bunuh Zulfarhan, Ini Pengakuan 6 Penuntut UPNM - Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu, lapor BERNAMA.

    Susulan Kes Bunuh Zulfarhan, Ini Pengakuan 6 Penuntut UPNM


    Pengakuan itu dibuat Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakim Mohd Ali, masing-masing 21, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, hari ini.

    Lima daripada mereka kecuali Abdoul Hakim, didakwa membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.


    Mahkamah mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, Abdoul Hakim didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan lima rakannya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.


    Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes. 

    Sumber: CARI forum

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad