Header Ads

  • Semasa

    3 Pemain Muda JDT Bakal Berpeluang Untuk Beraksi Di Kelab Portugal


    3 Pemain Muda JDT Bakal Berpeluang Untuk Beraksi Di Kelab Portugal - Tiga pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) akan beroleh pendedahan bola sepak di peringkat antarabangsa apabila bakal dipinjamkan untuk beraksi bersama kelab bola sepak di Portugal.

    Menerusi satu kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers, projek terbabit dijayakan menerusi kerjasama antara pasukan Harimau Selatan itu dengan kelab bola sepak yang berpangkalan di Eropah yang menyaksikan JDT berpeluang 'mengeksport' tiga pemain setiap tahun untuk beraksi bersama pasukan itu sebagai pemain pinjaman.

    Tiga pemain terbabit adalah pemain tengah, Syamer Kutty Abba dengan dua lagi pemain iaitu pertahanan, Hasbullah Abu Bakar dan penyerang, Syafiq Ahmad turut berkemungkinan mengikut jejak langkah pemain tengah skuad kebangsaan itu untuk berkelana ke Eropah.


    "Nama kelab terbabit akan didedahkan sebaik sahaja pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi.

    "Pemain Malaysia tidak dianggap sebagai pemain luar negara di kelab Portugal dan perbezaan kelab ini dengan yang lain adalah JDT bakal memiliki hubungan kerjasama dengan kelab terbabit," katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

    Pada masa sama, JDT turut mengulas mengenai projek peminjaman dua pemain yang cuba dilaksanakan sebelum ini membabitkan pemain tengah bertahan, Harris Harun ke Sepanyol serta perancang tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dijadual dipinjamkan ke sebuah kelab di Jepun.

    "Berkenaan Hariss Harun, kelab terdahulu mempunyai masalah hutang di Sepanyol dan tidak dibenarkan untuk menandatangani mana-mana pemain luar negara.

    "Manakala Nazmi Faiz pula adalah kerana kelab memerlukan beliau dalam pasukan bagi membantu Safiq Rahim," katanya.

    Sumber: BH Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad