Header Ads

  • Semasa

    “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah


    “Ustazah Hamidah! Nak Maki... Biar Depan-Depan” - Aishah | PENYANYI Aishah menyelar tindakan seorang individu menggunakan akaun Facebook palsu yang menulis komen negatif dengan kata-kata kesat terhadapnya.

    Aishah berkata, individu yang menggunakan identiti sebagai 'Ustazah Hamidah' itu perlu tampil berdepan dengannya jika berasa tidak puas hati.

    "Mari jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang biar depan-depan.


    "Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain," tulisnya di laman sosial Facebook pada Rabu.

    Aishah menegur komen negatif di laman sosial.

    Terdahulu individu berkenaan menganggap penyanyi itu bersikap tergedik-gedik selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza 4.

    Bagaimanapun, Aishah berkata, dia tidak terkesan dengan serangan keyboard warrior berkenaan.

    "Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni.

    "Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni," ujarnya.

    Aishah bakal berentap bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman di pentas final Gegar Vaganza musim 4 yang bakal berlangsung di Ahad ini di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.

    Sumber: Mstar Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad